KIFAALAH : 5 TAHUN YANG GEMILANG (MELONJAK AGENDA BERKEBAJIKAN KERAJAAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAM)

Print

Bajet Sejahtera 2007 merupakan detik bersejarah yang mengorak program berkebajikan Kerajaan Kelantan dengan pelancaran Skim Kifaalah Warga Emas pada 19 Muharram 1428H bersamaan 7 Februari 2007 . Ianya merupakan antara intipati Kerajaan Kelantan yang menerajui ratusan perubahan yang positif sejak 22 tahun yang lalu dari pemindahan Dana Negeri dari bank Konvensional ( riba ) ke perbankan ISLAM, Cuti bersalin 60 hari, Skim Gerbang Az-Ziwaaj, Bantuan Beras Al-I’tam dan pelbagai program kebajikan dan kecaknaan rakyat .

Sehingga akhir April 2012, Lebih RM46 juta telah disalurkan sebagai bayaran kepada wasi Program Kifaalah warga emas melibatkan 24192 kematian. Jumlah pendaftaran peserta Kifaalah ialah 117,977 orang merangkumi 3 kategori utama sebagaimana berikut :-.

Skim kebajikan untuk warga emas merupakan keprihatinan dan penghargaan Kerajaan kepada golongan ini  dalam sama-sama berkongsi kesedihan dan membantu pengurusan jenazah terutama golongan miskin. Sejak perlaksanaannya,  pada tahun pertama sebanyak RM12.9 juta telah dibayar membabitkan kematian seramai 5,195 warga emas.
Manakala pada tahun kedua pula pampasan dibayar sebanyak RM13.2 juta melibatkan seramai 5,264 warga emas yang meninggal dunia. Purata tuntutan kematian ialah 5000 orang setahun di mana melibatkan peruntukan khas lebih RM200,000 sebulan untuk pembayaran awalan RM500 kepada keluarga simati.
Sebahagian peserta memanfaatkan wang sumbangan kerajaan untuk amal jariah di mana wasi dan penerima dinamakan antaranya Tabung Serambi Mekah, Institusi Kebajikan, Tahfiz dan Masjid seperti Madrasah Tahfiz Al-Ibrahimi Pasir Puteh  dan Pusat Tarbiyyah Islamiah  Rantau Panjang. Malahan terdapat peserta bukan Islam yang telah meninggal dunia yang menamakan dan menghadiahkan manfaat Kifaalah berjumlah RM2500 kepada Masjid Muhammadi Kota Bharu pada tahun 2010.
Ini keluhuran dalam sama-sama berkebajikan dan saling bantu-membantu demi infa’ ke jalan Allah. Sepertimana Firman Allah yang bermaksud :-

“...Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan .. “  , Surah Al-Maidah-ayat 2

Tuan Guru Menteri Besar, YAB Dato’ Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz Hj Nik Mat benar-benar berhasrat untuk melahirkan Negeri Kelantan sebagai sebuah negeri berkebajikan. Biarpun Kelantan adalah sebuah negeri yang ditohmahkan negeri termiskin, kerajaan pimpinan Tok Guru berjaya melonjakkan taraf hidup dan kekayaan negeri dinikmati bersama dengan rakyat terbela, kebajikan dicakna dan keberkatan dijana. Maka tercetuslah idea-idea luhur dan bernas, kerajaan yang bertanggungjawab, amanah, berhemah dan cakna dengan pelbagai program pembelaan warga emas, miskin, armalah dan OKU ( MOSWA ) seperti Kifaalah Warga Emas yang memberikan kebajikan berbentuk manfaat khairat kematian sebanyak RM1,500 kepada wasi peserta warga emas.     
Hasilnya program ini telah melebar ke negeri-negeri lain di bawah naungan PAKATAN RAKYAT selepas pilihanraya umum 2008 di mana program seumpamanya telah dilaksanakan di Selangor iaitu Skim Mesra Usia Emas , di Kedah dinamakan Skim Kafaalah Kedah untuk warga miskin pendapatan rendah dengan manfaat kematian RM500  dan Pulau Pinang melalui Program Penghargaan Warga Emas (PPWE)