PMBK AGIH 1,200 KAMPIT BERAS KEPADA MANGSA BANJIR

Print

SEMERAK- Perbadanan Menteri Besar Kelantan(PMBK) setakat ini mengagihkan 1,200 kampit beras kepada mangsa di seluruh Kelantan.

          Wakil PMBK, Mohd Ali Akbar Yusof berkata, PMBK turut menyumbangkan makanan lain seperti daging lembu dan ayam di pusat pemindahan banjir.

          Katanya, sumbangan seperti itu disampaikan terus kepada mangsa atau melalui Adun di kawasan terlibat banjir.

          "Setiap Adun di daerah ini menerima 100 kampit beras untuk diagihkan kepada mangsa banjir dan jumlah itu akan ditambah sekiranya banjir berlarutan,"katanya.

          Beliau berkata demikian selepas mengiringi Pengurus Kifaalah, Abdul Shakur Sharrie menyampaikan beras kepada mangsa banjir di Pejabat Adun Semerak di sini, semalam.

          Adun Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada PMBK kerana memainkan peranan baik sebagai anak syarikat kerajaan negeri.

          Katanya, sumbangan itu dapat meringankan beban mangsa banjir yang sudah dua kali berpindah ke pusat pemindahan setakat ini.