KIFAALAH BANTU PENDUDUK BERPENDAPATAN RENDAH

Print

KIFAALAH BANTU PENDUDUK BERPENDAPATAN RENDAH

Sinar Harian /Ahad 17 Mac 2013

KANGKONG- Penduduk berharap bantuan kifaalah akan dipanjangkan hingga ketahun akan datang, demi membantu penduduk berpendapatan rendah.

Penduduk, Abdullah Muhammad, 43 berkata, bantuan RM1,000 ini dapat mengurangkan beban keluarga dalam mengadakan kenduri tahlil ahli keluarganya yang meninggal dunia.

Menurutnya, tidak semua penduduk mampu mengadakan kenduri sehingga malam ke tujuh, kerana kekurangan sumber pendapatan.

“Selepas mendapat bantuan ini, saya rasa amat lapang kerana tidak lagi perlu memikirkan soal wang,”katanya, semalam.

Sementara itu, Adun Chetok, Abd Halim Abd Rahman berkata, pada bulan ini sahaja seramai sembilan waris menerima bantuan kifaalah selepas kematian ahli keluarga.

“Bantuan sebanyak RM1,000 seorang ini, akan memberi kemudahan kepada mereka dalam menguruskan kenduri tahlil dan keperluan lain kelak.

“Saya berharap, penduduk akan membelanjakan wang tersebut ke arah kebaikan dan sekiranya terdapat baki,eloklah diwakafkan ke masjid atau surau,”katanya.