Tengku Muhammad Fa-iz Pemangku Raja Kelantan

Print

 

faiz petra

 

KOTA BHARU: Tengku Mahkota Kelantan Tengku Dr Muhammad Fa-iz Petra dilantik sebagai Pemangku Raja Kelantan. Tengku Dr Muhammad Fa-iz dilantik pada majlis istiadat yang berlangsung di Istana Kota Lama di sini, petang semalam.Tengku Dr Muhammad Faiz Petra akan menjawat jawatan tersebut sepanjang Sultan Kelantan Sultan Muhammad V menjalankan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15.Sultan Kelantan akan  memulakan tugas berkenaan pada  13 Disember ini untuk tempoh lima tahun.Sultan Muhammad V berkenan mengurniakan watikah pelantikan sebagai Pemangku Raja Kelantan kepada adindanya itu selepas Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob mengisytiharkan pelantikan Tengku Dr Muhammad Faiz memegang jawatan tersebut. – HARAKAHDAILY 9/12/2016