Kelantan rancang tambah bilangan hufaz

Print


hufaz

KOTA BHARU: Kerajaan negeri berhasrat menambah bilangan huffaz setiap tahun sebagai pembimbing masyarakat ke arah memahami tuntutan Islam sebenar.Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, ia menjadi tugas semua pihak untuk menyebarluaskan pendidikan tahfiz al-Quran supaya usaha itu direalisasikan.Menurutnya, tidak mustahil suatu hari nanti golongan berkenaan yang terdiri daripada profesional dan ulama bakal mentadbir tampuk pemerintahan negara."Kerajaan negeri berhasrat menambah bilangan hafiz dan hafizah setiap tahun di negeri ini termasuklah mereka yang tahu berbahasa arab."Kelak mereka akan membantu masyarakat supaya memahami ajaran sebenar Islam," katanya ketika merasmikan Majlis Graduasi Tahfiz kali ke tujuh di Komplek Balai Islam Lundang pagi tadi.Seramai 410 orang pelajar menerima anugerah masing-masing pada Majlis Graduasi Tahfiz Yayasan Islam Kelantan.133 dari Maahad Tahfiz Sains (MTS) Tanah Merah, 106 MTS Nurul Aman, 68 Maahad Tahfiz al Quran (MTAQ) Pulau Chondong dan 38 MTAQ al Asriah Banggol Chicha.35 MTS Bustanul Arifin, Tumpat; 21 MTS al Muhammadi Nipah Bachok, lima dari SMU Tarbiyah Diniyah Bunut Sarang Burung dan empat SMU al Kauthar Peringat.Beliau juga bercita-cita, huffaz dapat mewarisi perjuangan menegakan isi kandungan al-Quran bukan sahaja di Kelantan malah di Malaysia.Beliau yakin selepas 26 tahun pemerintahan PAS di Kelantan dengan dasar 'Membangun Bersama Islam', rakyat semakin memahami serta mendekati syariat Islam.Oleh itu katanya, kerajaan negeri sentiasa memberi perhatian khusus dan mengambil berat terhadap perkembangan pendidikan al Quran dan agama."Malah menjadi agenda utama kerajaan negeri dalam program seperti pengukuhan kokurikulum, peningkatan pengetahuan dan sebagainya dibawah Yik," katanya.Sehingga kini Yik melahirkan seramai 2,404 huffaz lelaki serta perempuan dan sehingga hari ini 19,654 pelajar yang masih belajar termasuk yang sudah menamatkan hafazan mereka. Penubuhan sebuah sekolah asrama penuh di Pengkalan Chepa yang dinamakan Maahad Sains Tok Guru turut menterjemahkan komitmen kerajaan negeri dalam pendidikan. – HARAKAHDAILY 17/11/2016