MB Kelantan beri penghormatan terakhir

Print

MENTERI Besar Kelantan, Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob turut hadir pada Istiadat penghormatan terakhir di Istana Anak Bukit tengah hari tadi.

Jenazah Almarhum Sultan Kedah disembahyangkan pada jam 10.30 pagi tadi di Istana Anak Bukit. Sementara itu penghormatan terakhir terhadap jenazah Almarhum akan bermula pada jam 11 pagi.
 
Jenazah akan diarak melalui jalan-jalan utama di sekitar Alor Setar sebelum dibawa ke Makam DiRaja, Jalan Langgar untuk disemadikan di Makam DiRaja, Jalan Langgar pada kira-kira jam 2.30 petang.

Kedah akan berkabung selama tujuh hari bermula semalam sehingga 17 September sebagai menghormati kemangkatan baginda.

Sepanjang tempoh berkenaan sebarang perayaan, hiburan dan majlis keraian dibatalkan.

Almarhum mangkat pada usia 90 tahun. Baginda diputerakan di Istana Anak Bukit pada 28 November 1927.

Sepanjang hayat baginda, Almarhum ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong kelima pada September 1970 dan sekali lagi sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 13 Disember 2011. – HARAKAHDAILY 12/9/2017