Bajet 2018 lulus tanpa sokongan pembangkang

Print

SIDANG Dun Kelantan terakhir hari semalam meluluskan Belanjawan 2018 yang bertemakan Kelantan Sejahtera Untuk Islam.

Walaupun tanpa kehadiran pembangkang, namun belanjawan berkenaan berjaya diluluskan dengan mendapat sokongan sepenuhnya daripada penyokong kerajaan.

Cadangan kelulusan belanjawan  itu dibuat Menteri Besar, Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob, ia disokong timbalannya, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Seramai 10 orang anggota Dun mengambil bahagian dalam perbahasan belanjawan itu yang berakhir petang kelmarin termasuk Datuk Husam Musa (PAN-Salor).

Sidang Dun Kelantan kali ini diwakili 31 Adun PAS, 11 BN manakala masing-masing satu PAN dan PKR.

Seorang lagi Adun BN (Nenggiri), Mat Yussof Abd Ghani sebelum ini diisytiharkan bankrap baru-baru ini.

Kelmarin, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob membentangkan belanjawan defisit iaitu RM41.74 juta iaitu menurun berbanding RM42.65 juta pada 2017.

Isnin lalu Menteri Besar, membentangkan belanjawan defisit sejumlah RM41.74 juta iaitu menurun berbanding RM42.65 juta pada 2017. – HARAKAHDAILY 23/11/2017