Skim Takaful Kifaalah Warga Emas

Skim Takaful Kifaalah Warga Emas adalah produk skim takaful PERCUMA yang ditawarkan oleh Kifaalah Sdn Bhd.
Skim ini dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Kelantan dan terbuka untuk disertai oleh seluruh rakyat kelantan lelaki dan perempuan yang berumur 60 tahun ke atas.
Rakyat negeri lain yang berumur 60 tahun yang bermastautin di Kelantan juga layak menyertai skim ini.
Maklumat Skim Takaful Kifaalah Warga Emas
Caruman : PERCUMA
Syarat Penyertaan :
I. Rakyat Kelantan sahaja
II. Lelaki dan wanita berumur dari 60 tahun ke atas.
Faedah keahlian:
I. Khairat kematian sebanyak RM1500.00 (Bayaran pendahuluan selepas berlakunya kematian ahli sebanyak RM500 dan RM1000 seterusnya)
Cara Mendaftar:
1. Muat turun borang pendaftaran Skim Takaful Kifaalah Warga Emas dari laman web kifaalah.com.my atau dari penghulu kampung/mukim anda.
2. Sediakan salinan fotostat kad pengenalan diri dan penama
3. Isi borang maklumat diri dan penama di dalam borang Skim Takaful Kifaalah Warga Emas
4. Serahkan borang yang telah lengkap diisi kepada penghulu kampung/mukim anda.
Sebarang pertanyaan sila hubungi Kifaalah Sdn Bhd;
KIFAALAH SDN BHD
No. 5393-E, Jalan Telipot,
15050 Kota Bharu,
Kelantan Darul Naim
Tel : 09-7476336 | Fax : 09-7476226
Email: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
atau isi borang pertanyaan online kami di sini

