Rumah & Barangan

Parent Category: Produk
Created: Monday, 07 February 2011 10:47
Published: Monday, 07 February 2011 10:47
Hits: 3968

IMEJ ATAS TAKAFUL AM

Memberi perlindungan kepada pemilik rumah kediaman dengan satu kadar yang lebih menarik dan murah.

 

Perkara Dilindungi

Rumah-rumah kediaman yang boleh diberi perlindungan termasuklah rumah pangsa, pangsapuri dan pejabat di rumah, kandang kuda dan garaj kereta yang terdapat di premis yang sama.

 

Manfaat

Sijil Takaful ini memberi perlindungan kepada Peserta akibat dari kerugian atau kerosakan yang berpunca akibat bencana berikut:-

 

Jenis Perlindungan

 Seksyen I - Kerosakan kepada bangunan

Memberi perlindungan kepada peserta akibat daripada kerosakan yang berlaku akibat daripada risiko yang dilindungi.


Seksyen II - Kehilangan & kerosakan kepada barang-barang

Memberi perlindungan atas kerosakan dan kehilangan barang-barang isi rumah yang dilindungi akibat daripada kejadian yang dilindungi.

Barang-barang isi rumah yang dilindungi adalah termasuk barang-barang persendirian (melainkan yang disebut tidak dilindungi di dalam sijil) kepunyaan peserta dan juga keluarga peserta yang tinggal bersamanya.

 

Seksyen III A - Kehilangan Sewaan

Memberi perlindungan gantirugi kepada peserta diatas sewa yang kena bayar ketika menduduki premis lain semasa premis/rumah kediaman yang dilindungi sedang dibaiki akibat daripada peril yang dilindungi.Liabiliti syarikat adalah tertakluk kepada maksima 10% daripada jumlah perlindungan.

 

Seksyen III B - Liabiliti kepada awam

Perlindungan ini juga akan membayar segala tuntutan dimana peserta adalah dipertanggung jawabkan untuk membayar oleh mahkamah akibat daripada kemalangan yang berlaku semasa tarikh perlindungan dan dipremis yang dilindungi:-

Kecederaan yang dialami oleh orang awam yang bukan ahli keluarga dan juga pekerja peserta

Kerosakan kepada harta benda atau barang persendirian orang awam yang bukan dimiliki dan tanggungan peserta, keluarga peserta dan juga pekerja peserta.

Jumlah bayaran pula adalah tidak melebihi had yang telah ditetapkan di dalam sijil perlindungan untuk sesuatu kemalangan atau siri kemalangan.