SAMPAIKAN BANTUAN KIFAALAH DARI RUMAH KE RUMAH

Print Email

PASIR MAS - Pas Chetok mengambil pendekatan menyampaikan bantuan kifaalah dari rumah ke rumah, semalam.

Adun Chetok, Abdul Halim Abdul Rahman berkata, konsep ini akan memudahkan penduduk untuk mendapatkan bantuan terutama kepada waga emas dan waris yang terpaksa bekerja.

Menurutnykataa, pihaknya menyampaikan sumbangan sebanyak RM500 ini kepada 26 penduduk, bantuan menerusi skim kifaalah.

"Bantuan ini tidak hanya terhad kepada peduduk Islam tetapi masyarakat Siam dan Tionghua turut menerima bantuan yang sama.

"Skim oleh Kerajaan Negeri sebanyak RM 13,000 ini adalah salah satu bantuan kepada penduduk dan waris agar dapat menjalani kehidupan lebih selesa," katanya semalam.

Beliau menasihati semua penerima agar menggunakan sumbangan ke jalan yang baik dan tidak melakukan pembaziran.