PENDUDUK CINA TERHARU TERIMA PAMPASAN TAKAFUL

Print Email

pic

TANAH MERAH: Keluarga mendiang Wong Mooi Chai melahirkan rasa terharu apabila menerima sumbangan kerajaan negeri yang disampaikan oleh Adun Bukit Panau, Dato' Abdul Fattah mahmood.
Sumbangan Takaful Kifaalah Warga Emas itu diterima anak mendiang, Sick Hun Khin ketika Abdul Fattah yang juga anggota Exco menziarahi keluarga terbabit di Taman Sri Kemunting, dekat sini, baru-baru ini.
Abdul Fattah ditemani Penghulu Tanpa Mukim, Koh Kim Siong.
Sumbangan pendahuluan sebanyak RM500 diberikan pada hari kematian dan selebihnya sebanyak RM1000 lagi diberi kemudian.
"Setiap warga emas tanpa mengira bangsa, agama dan ideologi politik yang berdaftar dibawah Takaful Kifaalah diberi pampasan tersebut biarpun tidak pernah mencarum menggunakan duit sendiri.
"Kerajaan Negeri setiap tahun mencarum setiap warga emas yang berdaftar dalam polisi insurans yang dikendalikan Takaful Kifaalah Sdn Bhd," kata Abdul Fattah.