Kelantan peruntuk RM13 juta program dakwah 2014

Print Email

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan memperuntukkan sejumlah RM13.57 juta tahun ini bagi menganjurkan pelbagai program keagamaan, kata Menteri Besar.Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, peruntukan berkenaan disalurkan melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) dan Jabatan Pembangunan Negeri.

Berucap merasmikan program Bulan Solat dan pertandingan pidato remaja di sini semalam katanya, program Bulan Solat diadakan setiap tahun mencerminkan komitmen kerajaan negeri meningkatkan penghayatan ibadah dalam kalangan umat Islam.“Usaha ini tidak dapat dinilai kejayaannya melalui kaca mata zahir semata-mata. Ia hanya dapat dinilai dengan terbinanya generasi yang berjaya menabur bakti kepada masyarakat.“Selain itu dapat mampu menangani gejala khususnya golongan remaja,” katanya pada program yang diadakan di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra.Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau, Datuk Mohd Nassurudin Daud dan Pengarah Jaheaik, Dato’ Che Rahim Jusoh.Sementara itu Ahmad Amirul Zulkifli dari Tanah Merah muncul johan pidato kategori lelaki, manakala Syahidah Nazirah Yatim johan pidato kategori wanita. - HARAKAHDAILY 28/5/2014