Jangan hanya tahu 'ternak' anak - Mumtaz

Print Email

KOTA BHARU:  Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat, Mumtaz Md Nawi mengingatkan ibu bapa supaya mendidik anak mereka sebaiknya dan bukan hanya ‘menternak’ anak.Katanya, tindakan sebahagian ibu bapa yang lebih cenderung ke arah itu berbanding memberi pendidikan yang baik menyebabkan golongan muda kini jauh tersasar dalam matlamat hidup.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Wanita Peringkat Negeri Kelantan, di Kelantan Trade Cantre, di sini semalam.Program tahunan itu dianjurkan Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat.Menurut Mumtaz lagi, peranan ibu bapa buka sekadar memberi makan atau tempat tinggal semata-mata, sebaliknya menjaga mereka tentang kewajipan sebagai hamba Allah.SALMAH MAT HUSEIN | Harakahdaily