Strict Standards: Only variables should be assigned by reference in /home/kifaalah/public_html/modules/mod_sih/mod_sih.php on line 40

Ustaz Ahmad angkat sumpah MB Kelantan

 

KOTA BHARU: Pesuruhjaya PAS Kelantan, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob hari ini mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan.

Beliau mengangkat sumpah di hadapan Pemangku Raja Kelantan di Istana Negeri kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

"Saya dianugerah watikah pelantikan oleh Pemangku Raja untuk mengurus dan mentadbir negeri pagi tadi.

"Kita juga akan mengemukakan nama-nama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan mengangkat sumpah beberapa hari lagi di hadapan tuanku," ujarnya pada sidang media di Pejabat Perhubungan PAS Kelantan.

Hadir sama Setiausaha Perhubungan PAS Negeri, Dato’ Che Abdullah Mat Nawi dan wakil-wakil rakyat yang menang semalam.

Katanya juga PAS berjaya mendapat tambahan lima kerusi Dun iaitu Dabong, Semerak, Pengkalan Kubor, Guchil dan Selising.

Oleh itu beliau mengucap terima kasih kepada anak-anak Kelantan di perantauan yang bersusah payah pulang semata-mata untuk mempertahankan kerajaan Islam.

“Pertambahan kerusi berkenaan menandakan sokongan yang tinggi rakyat pelbagai peringkat berbanding PRU 13,” katanya. - HARAKAHDAILY 10/5/2018

Colors