Pertahan pendirian Kelantan tolak UEC

http://www.harakahdaily.net/images/2018/Julai/18/uec1.png

BACHOK: Rakyat Kelantan menyifatkan keputusan kerajaan negeri tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) yang dilaksana di 61 sekolah persendirian Cina sebagai tepat.

Mohd Napi Mohd Nawi berkata, dasar pendidikan yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961 sudah mampu membentuk sebuah masyarakat yang bersatu padu.

NawiKatanya, pendirian tegas kerajaan Kelantan merupakan satu langkah yang tepat bagi memastikan rakyat mengikuti dasar pendidikan negara sahaja.

"Pendirian berani itu saya sangat setuju, malah dasar UEC tidak sesuai untuk dilaksanakan dalam sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum.

"Memang tidak salah orang Melayu, Cina, India dan lain-lain menuntut hak mereka, tetapi tuntutan ini mestilah tidak bertentangan dengan dasar yang diamalkan di negara kita," katanya.

Baru-baru ini Menteri Besar, Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob menegaskan kerajaan Kelantan yang tidak mengiktiraf UEC bagi mempertahankan kedaulatan bahasa Melayu.

Sebelum ini Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching dilapor memberitahu kerajaan akan mengiktiraf UEC selaras dengan manifesto PH pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Muhamad Zainudin Abdullah juga sependapatan dengan Mohd Napi sambil menegaskan kerajaan sebelum ini pun pernah menolak pelaksanaan UEC dalam sistem pendidikan negara. – HARAKAHDAILY 31/7/2018