Pelaksanaan kanun jenayah Islam ikut kerangka demokrasi

Print Email

KUALA LUMPUR: PAS memberi sepenuh komitmen untuk melaksanakan Undang-undang Jenayah Islam mengikut kerangka sistem demokrasi.
KETUA DEWAN ULAMA PAS 600x360

"Sebab itu PAS bertekad untuk melaksanakannya di Kelantan yang telah berjaya mendapat mandat sokongan rakyat melebihi 80 peratus pengundi di negeri itu," ujar Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Mahfodz Mohamed.

Katanya, kanun Jenayah Syariah kelantan adalah salah satu dasar PAS yang perlu dilaksanakan supaya ianya selari dengan perjuangan Islam seperti mana yang termaktub dalam perlembagaan parti itu.

"Mengikut kajian kami, lebih 70 peratus masyarakat Islam menyokong perlaksanaan Undang-undang Jenayah Islam kerana ianya merupakan kewajipan ke atas semua orang Islam yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, Kanun Jenayah Syariah Kelantan tidak dilaksanakan ke atas non Muslim, oleh itu orang bukan Islam tidak perlu takut kepada Kanun Jenayah Syariah Kelantan kerana ia hanya dilaksanakan ke atas orang Islam sahaja.

Justeru, kata beliau Lim Kit Siang tidak sepatutnya mencampuri urusan agama Islam yang telah dijamin sebagai agama Persekutuan dalam perlembagaan. - HARAKAHDAILY 14/12/2014